>>BidVertiser >>

Shadow Word generated at Pimp-My-Profile.com

Wednesday, September 3, 2008

How to make robot...

Ciri-ciri robot..

Robot konveyor.

  • Robot ini menggunakan sistem konveyor pada bahagian hadapannya. Konveyor ini adalah untuk mengaut bola dan menarik bola itu ke atas untuk dimasukkan ke dalam bakul. Bakulnya pula boleh memuatkan enam biji bola sahaja. Ini kerana ruang untuk bakul sudah penuh. Mekanisme untuk menaikkan bakul adalah dengan menggunakan tiang gelongsor (slaiding). Manakala untuk memanjangkan ataupun menaikan tiang tersebut adalah dengan menggunakan kabel yang bersaiz kecil yang terikat pada motor DC. Cara untuk melepaskan bola dari bakul pula adalah dengan menggunakan pintu.

Robot penyodok

Robot ini menggunakan sistem penyodok untuk menyodok bola di sebelah hadapan manakala di sebelah belakangnya adalah bakul bola.Bakul ini dinaikan dan diturunkan dengan menggunakan mekanisme gunting (scissor). Gunting ini digerakan oleh ‘power screw’ yang digerakan oleh motor ‘power window’.Bakul ini mempunyai pintu seperti pintu lori pasir dan pintu ini dikawal buka serta tutupnya dengan menggunakan motor ‘center lock’. Penyodok ini boleh memuatkan sebanyak empat (4) biji bola sekali sodok dan bakulnya pula boleh diisi sebanyak dua belas biji (12) bola sekali bawa. Selain itu, robot ini boleh membawa bola sebanyak enam belas (16) sekali bawa.


Robot berlengan

Robot ini menggunakan sistem berlengan pada bahagian hadapannya. Lengan ini adalah untuk memegang bakul dan bakul ini juga digunakan sebagai mekanisme untuk mengambil bola.Bakul ini boleh memuatkan bola sebanyak empat biji sahaja. Ianya adalah berbentuk selinder.Mekanisme untuk menggerakkan bakul adalah dengan menggunakan rantai dan spoket yang digerakkan oleh motor.Manakala bola di ambil dengan cara menekup bola itu satu persatu.Cara untuk mengeluarkan bola pula adalah menggunakan lubang yang sebelah atas. Lubang ini tidak mempunyai pintu.

The procedure to assemble

Cara pembuatan robot penyodok



Besi-besi hollow (1 inci x 1 inci) diukur dengan menggunakan pembaris untuk mendapatkan panjang seperti dalam gambarajah. Besi-besi hollow ini adalah untuk membuat bahagian kerangka dan tiang. Plat besi yang 3mm tebalnya dipotong dengan lebar 7mm dengan menggunakan mesin pemotong plat. Kemudian, plat-plat besi tadi diukur panjangnya mengikut spesifikasi seperti dalam gambarajah. Plat-plat besi ini adalah untuk membuat penyodok dan bakul. Plat besi yang sama seperti diatas juga dipotong berbentuk segiempat sama yang berukuran 150mm x 150mm. Sebanyak dua keping plat ini yang hendak digunakan.


Aluminium hollow (½ inci x ½ inci) diukur mengikut spesifikasi seperti dalam gambarajah. Aluminium hollow ini adalah untuk membuat ‘scissor’. ‘Angle bar’ (1 ½ inci) digunakan untuk membuat rangka bawah dan diukur mengikut spesifikasi dalam gambarajah. ‘Angle bar’ ini adalah untuk memegang ‘brushless motor. Power screw berdiameter 20mm diukur panjangnya serta dipotong mengikut spesifikasi dalam gambarajah. ‘Power screw’ ini adalah untuk menaikkan dan menurunkan ‘scissor’. Round bar’ berdiameter 1mm diukur panjangnya serta dipotong mengikut spesifikasi dalam gambarajah. ‘Round bar’ ini adalah untuk membuat landasan ‘scissor’ dan untuk memegang penyodok bola.



Pespek yang mempunyai tebal 3mm diukur berbentuk segiempat seperti dalam gambarajah. Ianya adalah untuk bahagian bawah bakul bola. Plastik kotak diukur mengikut spesifikasi seperti didalam gambarajah dan dipotong dengan menggunakan pisau. Ianya adalah untuk bahagian bakul bola yang bewarna oren dan bahagian tepi penyodok bola yang bewarna biru. Kain berwarna hitam kebiruan digunakan untuk bahagian bawah serta belakang penyodok bola. Ianya di gunting mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Dua batang besi hollow yang sudah siap dipotong tadi, ditebuk lubang dengan menggunakan gerudi meja. Ini adalah bertujuan untuk meletakkan ‘round bar’ sebagai landasan bagi ‘scissor’. Dua keping plat yang berukuran 150mm x 150mm ini akan ditebuk lubang dengan menggunakan gerudi meja. Lubang-lubang ini adalah untuk mengikat ‘power window’ dan ‘shaft’ untuk ‘spocket’ yang disambungkan pada gear ‘power window’.



Bahagian kerangka


Dua batang besi ‘hollow’ dicantumkan supaya menjadi bentuk segiempat seperti dalam gambarajah. Kemudian setiap sambungan dikimpal paku dengan menggunakan kimpalan MIG. Selepas itu, jarak diantara bucu dengan bucu diukur supaya panjangnya sama. Ini bertujuan untuk mendapatkan sudut tepat 90 darjah. Seterusnya kimpalan penuh dibuat supaya kukuh. Bahagian ini adalah kerangka bahagian sebelah atas. Pada bahagian kerangka sebelah bawah pula, dua batang besi hollow dan dua batang ‘angle bar’ digunakan.


Ianya dicantumkan berbentuk segiempat. Sebelum dipaku kimpal, sudut tepat 90 darjah diukur dengan menggunakan sesiku L. Kemudian kimpalan penuh dilakukan.


Besi-besi hollow yang dijadikan tiang dipaku kimpal pada kerangka bahagian bawah. Kemudian, kerangka bahagian atas dicantumkan pada tiang-tiang tadi dan juga dipaku kimpal. Selepas itu, setiap sudut diperiksa dengan menggunakan sesiku L dan seterusnya kimpalan penuh dilakukan. Semua kimpalan pada kerangka ini dicanai dengan menggunakan mesin pencanai tangan. Ini bertujuan untuk kekemasan pada setiap penyambungan itu.


Bahagian penyodok bola



Dua pasang plat besi untuk membuat sisi penyodok dicantumkan dengan sudut 120 darjah dan seterusnya penyambungan itu dikimpal. Kemudian, kedua-dua sisi penyodok ini dicantumkan dengan menggunakan plat serta dikimpal seperti didalam gambarajah.
Setiap kimpalan
pada penyambungan ini akan dicanai dengan menggunakan mesin pencanai tangan supaya penyambungan kelihatan kemas. Penyodok ini boleh menyodok dan mengangkat bola takraw sebanyak 8 biji sekaligus.


Bahagian bakul bola



Lapan batang plat besi untuk membuat bakul bola dicantumkan supaya membentuk segiempat tepat seperti didalam gambarajah dan setiap penyambungan itu terus dipaku kimpal. Kemudian, jarak diantara bucu dengan bucu diukur supaya panjangnya sama dan terus dikimpal penuh. Ini bertujuan untuk mendapatkan sudut tepat 90 darjah. Selepas itu, kedua-dua segiempat ini dicantumkan supaya menjadi bentuk kuboid dan dikimpal penuh. Manakala pintunya berbentuk segiempat. Pintu ini berfungsi seperti pintu belakang lori pasir. Apabila bakul ini condong kebelakang, pintu akan terbuka dengan sendirinya dan tertutup apabila bakul ini kembali ke kedudukkan asalnya. Seterusnya, setiap kimpalan pada penyambungan dicanai dengan menggunakan mesin pencanai tangan. Bakul bola ini boleh memuatkan sebanyak 16 biji bola takraw.




Bahagian ‘scissor’





Aluminium hollow digunakan sebanyak 12 batang untuk dua ‘scissor’ dan setiap satunya ada yang tidak sama panjang. Ini bertujuan untuk mendapatkan ‘scissor’ yang bersudut 120 darjah apabila ‘scissor’ ini sudah naik. Setiap batang aluminium hollow ini ditebuk lubangkan dengan menggunakan gerudi meja. Lubang yang ditebuk adalah pada kedua-dua hujung batang serta di tengah-tengahnya. Lubang ini adalah bersaiz 6mm kerana ianya mengikut saiz skru. Kemudian, setiap aluminium hollow yang sudah berlubang ini akan dicantumkan serta diikat dengan menggunakan skru dan nat. Selepas itu, kedua-dua ‘scissor’ ini akan disambungkan dengan menggunakan empat batang aluminium hollow dan diikat dengan skru supaya ‘scissor’ ini tidak bergoyang dan lebih kukuh.





Bahagian power screw’







Sebelah hujung ‘power screw’ dilarik sepanjang 40mm dengan menggunakan mesin larik. Diameter yang tinggal perlulah sama besar dengan lubang bearing iaitu 15mm. Ini adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakkan pusingan ‘power screw’ itu. Sebelah hujung ‘power screw’ yang lagi satu pula dilarik dengan mesin larik supaya saiz diameternya adalah sama besar dengan lubang motor ‘power window’ iaitu 15mm. Selepas itu, sedikit hujungnya di segikan supaya ianya boleh masuk kedalam lubang gear motor ‘power window’ tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan ‘power screw’ tidak berpusing apabila motor ‘power window’ dihidupkan. Lubang berdiameter 4mm dikorek pada hujung ‘power screw’ yang bersegi itu sedalam 20mm dengan menggunakan mesin larik. Selepas itu, lubang yang dikorek tadi dibuatkan ulir skru bersaiz 5mm. Ini adalah bertujuan untuk mengikat ‘power screw’ tersebut pada gear motor ‘power window’.


Pencantuman keseluruhan bahagian


Dua batang ‘round bar’ dimasukkan kedalam lubang sebatang besi hollow. Sebatang ini adalah kaki kepada ‘scissor’. Kemudian , dua batang ‘round bar’ ini dipasang pada kerangka sebelah atas dan dikimpal supaya ‘round bar’ ini tidak tercabut daripada kerangka robot. Dua biji roda ‘easy movement’ dipasang pada kerangka bahagian bawah dengan jarak 75mm dari hujung kerangka
Kemudian, roda ini dikimpal penuh supaya ianya melekat pada kerangka robot. Pada bahagian belakang kerangka robot pula, dua biji ‘brushless motor’ dipasang. Motor ini dipasang pada ‘ange bar’ dan diikat dengan menggunakan ‘allenkey screw’. Kemudian, pada ‘brushless motor’ ini akan dipasang dengan roda yang berdiameter 100mm. Kedua-dua roda ini diikat dengan menggunakan ‘allen key screw’.


Bearing dipasang pada kerangka sebelah hadapan robot dan diskru dengan menggunakan ‘allenkey screw’ manakala sebelah belakang kerangka pula akan dipasang dengan motor ‘power window’. Sebelum motor ‘power window’ dipasangan di skru, haruslah nat dipasang terlebih dahulu pada ‘power screw’. Kemudian, ‘power screw’ dipasang pada bearing dan motor ‘power window’ serta di skru pada gearnya. Selepas itu, barulah motor ‘power window’ dipasang serta diikat pada kerangka robot dengan menggunakan ‘allenkey screw’.

Nat ‘power screw’ dipasang pada kaki ‘scissor’ dan dikimpal supaya ianya tidak tertanggal. Kimpalan ini mestilah kukuh kerana bahagian ini menampung beban yang tinggi. Kaki belakang ‘scissor’ dipasang dan di skru pada kerangka robot sebelah belakang. Bahagian ini adalah tetap ataupun mati kedudukkannya kerana ia penahan bagi ‘scissor ini. Kaki ‘scissor’ bahagian hadapan pula, dipasang serta diikat dengan menggunakan skru dan nat. Bahagian inilah yang menaikkan serta menurunkan ‘scissor’ tetapi dengan bantuan ‘power screw’.


Sebatang ‘round bar’ yang lagi satu dipasang pada kedua-dua tiang kerangka dan ‘washer’ dikimpal pada batang ‘round bar’ ini. Ini adalah bertujuan supaya batang ‘round bar’ ini tidak terkeluar daripada tiang-tiang robot ini. Bahagian atas penyodok bola (kaki) dicantumkan di tepi ‘washer’ yang telah dikimpal pada batang ‘round bar’ ini. Kemudian, kedua-dua kaki penyodok ini dikimpal terus dengan ‘washer’ tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi percantuman tersebut kerana bahagian ini menerima bebanan yang amat besar. Penyambungan ini dikimpal dengan menggunakan kimpalan MIG.

Kedua-dua plat yang sebagai kaki ‘power wondow’ itu, dicantumkan pada tiang penyodok serta kerangka sebelah atas kiri dan kanan kerangka robot. Kemudian, kedua-dua plet ini dikimpal penuh pada kerangka robot. Dua biji ‘spocket’ dipasang pada dua batang ‘shaft’ dan dikimpal terus. Ini bertujuan supaya spoket ini betul-betul kukuh dengan ‘shaft’ tersebut kerana bebanan yang ditampungnya adalah amat besar.


Dua batang ‘shaft’ dan spoket dipasang serta diikat pada dua biji motor ‘power window’ dengan menggunakan ‘allenkey screw’. Kemudian, kedua-dua motor ini dipasang serta diikat pada plet yang terdapat di kerangka robot dengan menggunakan ‘allenkey screw’. Pada hujung kiri dan kanan batang ‘round bar’ pula, dua spoket dipasang pada setiap hujungnya. Kemudian, spoket ini dilaraskan dengan spoket yang berada di kerangka robot. Ini bertujuan untuk memudahkan pergerakkan rantai dan spoket. Selepas itu, kedua-dua spoket ini dikimpal penuh supaya kukuh kedudukkannya. Ini kerana bebanan yang ditampungnya adalah amat besar.

Rantai dililitkan pada kedua-dua spoket sebelah kanan kerangka robot. Ini adalah bertujuan untuk pemotongan rantai tersebut. Sebelum pemotongan rantai dilakukan, rantai ini hendaklah tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Perkara ini adalah amat penting kerana ianya boleh mempengaruhi kelancaran pergerakkan penyodok bola. Seterusnya barulah pemotongan rantai dilakukan. Bagi sebelah kerangka kiri pula, proses yang sama seperti diatas dijalankan. Dua biji ‘pulley dipasang pada sebelah atas ‘scissor’ yang menghadap sebelah belakang. Ini bertujuan untuk mengurangkan geseran dan melancarkan pergerakkan bakul bola bola itu. Pespek yang telah dipotong, diletakkan disebelah bawah didalam bakul dan ditandakan dengan ‘maker pen’ tempat untuk ditubuk lubang. Lubang-lubang ini adalah untuk mengikat pespek pada bakul dan juga untuk meletakkan motor ‘center lock’.

Kemudian, pespek tadi dikeluarkan semula dan ditebuk dengan menggunakan mesin gerudi tangan. Selepas itu, pespek ini dimasukkan kembali ke dalam bakul dan diikat dengan menggunakan ‘Cable tight’. Akhir sekali, lebihan-lebihan ‘Cable tight’ itu dipotong dengan menggunakan gunting. Bakul bola diletakkan diatas ‘scissor’ serta diikat dengan mengunakan skru dan nat. Bahagian ‘scissor’ ini adalah untuk memegang bakul bola supaya ianya tidak terjatuh. Lubang-lubang yang tinggal pada pespek dipasang dengan motor ‘center lock’ serta diikat ketat dengan menggunakan skru dan nat.


Akhir sekali, kerja-kerja mencanai pada setiap penyambungan keseluruhan kerangka dicanai. Ini adalah bertujuan untuk kekemasan pada setiap penyambungan itu.


















>>>cLick HeRe>>>

>>>BidVertiser>>>

Powered By Blogger